Tag Archives: Bapa Kemodenan Malaysia

PERUBAHAN MEMBAWA HARAPAN: 20 Strategi Untuk Menjadi Negara Maju (Mukadimah)

PERUBAHAN MEMBAWA HARAPAN: 20 Strategi Untuk Menjadi Negara Maju
PERUBAHAN MEMBAWA HARAPAN: 20 Strategi Untuk Menjadi Negara Maju

Setelah lebih 52 tahun negara merdeka, pemimpin negara silih berganti, negara Malaysia terkenal sebagai sebuah negara Islam dengan Wawasan 2020 negara yang sedang dalam proses untuk menjadi sebuah negara maju dengan sepenuhnya menjelang tahun2020.

Impian Wawasan 2020 negara yang diilhamkan adalah Wawasan bekas Perdana Menteri yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad (menjadi Perdana Menteri 1981-2002 Bersara) adalah idola Penulis, yang dikenali sebagai ‘Bapa Kemodenan Malaysia dan Pemimpin Malaysia Boleh’ yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia.

Jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad yang paling besar ialah apabila Tun tidak menyerahkan negara kepada IMF semasa krisis kewangan, 1997/98, walapun tekanan kemelut politik negara ketika itu sangat kuat mengancam kepimpinan negara. Keadaan ketika itu amat genting selain dari krisis ekonomi, Tun tidak berganjak untuk menyerah negara Malaysia kepada IMF sebagai tindakan pintar dan tegas kepimpinan Tun yang telah menyelamatkan negara dari penjajahan baru kuasa ekonomi dunia.

Pada penulis Tun adalah bekas Perdana Menteri yang sangat dihormati dan disayangi sebagai idola pemimpin penulis yang berwawasan dan berani yang tidak boleh dilupakan oleh setiap warga negara Malaysia sepanjang zaman.

Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah idola penulis yang paling besar jasanya kepada negara dan rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang dinamik yang berwawasan dan berani menentang apa jua cabaran yang cuba mengancam kepentingan negara pada abad ke 21. Sampai sekarang masih belum jelas lagi ada penggantinya pada hari ini, yang berwawasan dan berani seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melakukan perubahan drastik seperti yang dikehendaki oleh rakyat negara ini.

Penulis melihat krisis ekonomi dunia sekarang sebagai peluang keemasan kepada negara Malaysia untuk melakukan sesuatu perubahan yang boleh menyakinkan masyarakat dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka dan mengembalikan ‘keyakinan dan imej’ negara’ yang semakin menurun di peringkat antarabangsa yang perlu ditangani segera.

Dan yang paling jelas sekali, penulis ingin mengalihkan fokus pandangan masyarakat negara supaya lebih fokus kepada matlamat ekonomi daripada isu-isu domestik politik dan sosial, diperbetulkan dengan pandangan ke arah perubahan yang drastik boleh dilakukan dengan kembali kepada asas matlamat Wawasan 2020. Untuk menjadi negara maju tahun 2020, wajib dijadikan sasaran tepat dan hala tuju bakal pemimpin baru negara dapat dilaksanakan sebelum menjelang tahun 2020 menjadi kenyataan.

Ilham penulis untuk menulis buku ini semenjak tahun 2005 iaitu tahun kedua, penulis berada di perantauan di Timur Tengah, Dubai. Penghijrahan penulis untuk mencari peluang perniagaan di rantauan sambil membuat kajian analisis dengan mempelajari rahsia tarikan pelaburan asing di negeri Dubai.

Minat penulis untuk mengkaji dasar pelaburan kerajaan Dubai adalah kerana kejayaan dasar kerajaannya yang mampu menarik dan menyakinkan pelaburan FDI untuk menjadi pelabur di negeri Dubai dengan pembangunan menakjubkan di mata dunia ini.

Penulis juga berterima kasih kepada puterinya Lisa Azmy, Zam, Azammim, Azamars, Azim, Norma, Rina, Pn. Kihan Langgit, kedua ibubapa, adik kakak yang beliau sayangi dan sahabat handai penulis sama ada yang berada di dalam atau di luar negara yang mengenali diri penulis dan yang telah banyak memberi galakan dan sokongan moral kepada penulis untuk menulis buku ini menjadi kenyataan sebagai hadiah penulis kepada warga pembaca dan para pemimpin negara yang budiman.

Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat, kenalan-kenalan yang mengenali diri penulis, sama ada yang berada di luar negara dan dalam negara yang tidak dapat penulis sebutkan nama-nama mereka di dalam senarai buku ini, Insya Allah, semoga Allah memberkati sokongan dan dorongan mereka dengan keberkatan daripada Allah s.w.t. dan juga dengan ucapan ribuan terima kasih.

Dan akhir sekali, untuk para pembaca dan para intelektual ekonomi semoga buku ini dapat dijadikan sebagai bahan penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh bangsa dan negara sebagai panduan ilmu untuk kejayaan buat selama-lamanya. Sebagai usaha solusi pemikiran keluar dari kebuntuan untuk menangani setiap krisis itu ada jawapan.

‘Untukmu Malaysia’